Wednesday, February 16, 2011

Undang-undang dan Fotografi (+ MODEL RELEASE FORM)

Salam untuk semua,


Saya sudah lama (hampir dua tahun) bercadang untuk menulis artikel ringkas ini tetapi terlupa seketika dalam arus kesibukan tugas saya, sehinggalah ada perbualan dengan beberapa orang sahabat yang mengingatkan kembali tentang legal/ law hakcipta/ privacy ini. Terus terang, saya katakan saya tidak begitu mahir atau mempunyai zero knowledge tentang perundangan (law/ legal) berkaitan fotografi. Selalunya, tugas seorang artist (+ photographer) adalah meluahkan/ melahirkan atas karya yang dilahirkan, itu sahaja tanpa memikirkan risiko atau consequences seterusnya.

Ok, berbalik tentang tajuk posting ini, kita sering membawa kamera kita ke mana saja kita pergi, terutamanya Social Realist Photographer dan pelancung. Mengambil gambar setiap ruang, lorong dan sudut mengambil gambar bangunan dan sebagainya. Tidak kurang juga mengambil gambar para pejalan kaki, orang-orang tua, peminta sedekah, penjaja, peniaga, kanak-kanak dan gadis-gadis/ jejaka-jejaka cantik yang lalu lalang. Kita pulang lalu memuat turunkan imej-imej yang kita shot ke dalam komputer seterusnya memasukkan ke dalam Blog, Facebook, Pocodot etc. Tanpa kita sedar, terdapat beberapa keping gambar terkandung imej-imej orang-orang yang ‘tidak kita ketahui’. Tidak mustahil gambar-gambar yang mempunyai imej orang-orang yang tidak kita ketahui itu di-“ambil” oleh orang lain pula. Sekiranya imej tersebut tersiar pula di laman Web atau media cetak yang lain, mungkin disedari oleh orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar) itu pula (setelah di-publish). Sekiranya hal ini berlaku ada beberapa kemungkinan termasuklah apa yang disebut sebagai invasion of privacy dan sekiranya orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar) tidak mengizinkan, kita mungkin disaman malu. Ada individu (orang di dalam gambar) tidak mahu dirinya didedahkan dalam laman web sosial, web page atau blog. Ini kemungkinan pertama. Kemungkinan kedua adalah; apabila ‘karya’ foto kita itu menjadi artwork lalu dibeli oleh pihak lain yang mengandungi imej orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar), sekiranya pada suatu ketika diketahui oleh orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar), besar kemungkinan kita akan dipersoalkan dari segi royalty (atau imbuhan) kepadanya. Bayangkan kita telah Berjaya menjual imej tersebut (contohnya: makcik penjual buah) dengan harga lumayan, tetapi haram satu sen pun tidak kita berikan padanya. Sekiranya, anaknya ternampak imej ibunya itu (makcik penjual buah) bernilai tinggi, pasti anaknya itu akan mempersoalkan tentang hal ini. Atau pun mungkin anaknya itu melayari laman web (facebook, blog etc.) lalu mengetahui imej ibunya ada dalam laman web sosial tanpa pengetahuan ibunya, besar kemungkinan ini akan jadi satu kes. Pernah jadi satu kes yang saya baca dua tahun lepas adalah mengenai satu imej keluarga yang dipaparkan dalam sebuah blog tetapi diambil oleh sebuah agensi iklan tanpa pengetahuan keluarga tersebut, akhirnya syarikat iklan (+ pereka grafik) itu telah disaman berjuta ringgit untuk saman malu. Berhati-hatilah.

Dalam ber-PAMERAN (atau online publication, social web etc.) selalunya, saya akan menanyakan kawan-kawan saya mengenai imej-imej manusia (penjual kain, penjaja, kanak-kanak dan sebagainya) yang tidak diketahui itu, samada ada permission untuk dipamerkan wajah-wajah yang ‘tidak dikenali’ itu. Adalah amat penting bagi saya sekiranya kita mempunyai MODEL RELEASE FORM atau MINOR PHOTO RELEASE FORM (untuk kanak-kanak) demi menjaga kepentingan hakcipta, privacy dan hal-hal yang berkaitan. Harus kita ingat, ini semua melibatkan situs web public domain. Seperkara lagi adalah melibatkan tempat atau lokasi. Ada masanya kita akan mengambil gambar tempat-tempat private atau lokasi yang bukan public, seperti kelab, bangunan khas dan sebagainya. Dalam hal ini, kita memerlukan PROPERTY RELEASE FORM. Tapi saya rasa, ini agak keterlaluan, silap-silap kita langsung tidak dapat mengambil gambar apa-apa pun. Sunguhpun begitu, perkara-perkara ini harus diberikan perhatian. Bak kata pepatah Melayu “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”. Sebaiknya, buatlah simple agreement MODEL RELEASE FORM atau MINOR PHOTO RELEASE FORM yang bersaiz kecil sudah memadai untuk mudah anda bergerak semasa mengambil gambar. Hanya cadangan saya, risiko adalah hak anda jika ‘mampu’.

p/s: sebab itu saya elakkan dari dari meletakkan imej ‘orang yang tidak diketahui’ dalam blog, Facebook, Pameran etc.

p/s: lukisan tidak ada masalah, sebab ‘keaslian’-nya tidak boleh dipertikaikan dari segi outlook dan material. lukisan berdasarkan foto tidak mempunyai masalah kerana pengubahsuaian-nya adalah ke atas kanvas dan palitan warna.

p/s: sesiapa yang ada info lebih, sila kongsikan dengan saya.. saya amat berharap untuk mendalami ‘ilmu’ perundangan foto ini.