Tuesday, December 14, 2010

"The Nest" (Acrylic on Canvas)

Salam untuk semua,




"The Nest"
2' x 2' (61 cm x 61 cm)
Acrylic on Canvas
2010
(sila click untuk detail)

Jujurnya, saya tidak tahu bagaimana mahu saya mulakan posting ini dengan bahasa yang tersusun.

Inspirasi

Sebenarnya, idea permulaan awal painting ini adalah tentang observasi saya tentang wanita berdasarkan phrases “from womb to the tomb”. Peranan wanita itu tidak akan hilang. Kita lahir dari tubuh seorang wanita dan apabila kita mati, kita di-bin/ binti-kan kepada seorang wanita (ibu). Syurga juga di bawah tapak kaki ibu menurut falsafah Islam. Hasil lukisan saya di atas melalui satu garis yang agak sukar dan complicated tentang perasaan saya terhadap peranan wanita terutama sekali melibatkan kelahiran (birth). Subject matter wanita diteruskan oleh saya adalah kerana saya tidak pernah menjadi wanita, saya lelaki. Dasar ingin tahu (observe) kemudian faham, cari sebab/ kenapa, seterusnya luah (express) ke atas permukaan kanvas. Complexity seorang wanita itu wujud, ini juga salah satu terhasilnya lukisan ini. Banyak yang perlu dilalui seorang wanita sedari kecil hinggalah menuju akhirat. Dalam Islam pun, sekiranya difikirkan kembali, wujudnya kita (saya refer sejarah Adam & Hawa) adalah kerana wanita (Hawa), begitu juga dengan kelahiran (birth) kita di dalam kehidupan ini. Wanita juga adalah ‘mahluk emo’ (emotional) yang amat unik. Luahan perasaan mereka dapat didengari/ dibaca/ ditonton dalam naskah-naskah, novel, persembahan teater sampailah ke dalam alam siber.. tentang ‘emo’ yang mereka lalui, luahan dari hati halus samada marah atau suka. The hands that rocks the cradle is the hand that rules the world. Pada permulaan saya ingin meletakkan tajuk lukisan ini sebagai “The Womb” tetapi agak tidak sesuai sikit dengan iklim negara ini, saya letakkan “The Nest” sempena dari physical appearance ‘burung’ tersebut yang dilegari dengan motif dedaun/ flora sekelilingnya yang membentuk nest hinggalah sayap. Ekpresi wanita mendongak seperti ingin terbang seolah seperti burung mahu keluar dari sangkar (painful birth process), justeru itu saya luahkan atas lukisan. Corak-corak berpintal (dari kain batik wanita Melayu yang saya rembat milik isteri tersayang) adalah juga complexity seorang wanita. Malahan saya tidak tahu bagaimana nak hentikan jalinan corak-corak itu. Malahan pada saya lukisan ini juga belum siap seolah kehidupan yang saya lalui ini, masih berlegar. Mungkin saya akan berbicara lebih panjang lagi, jadi baiklah saya hentikan tentang falsafah karya. Anda yang lihat, anda yang become the judge/ critic on that. Painting ini adalah eksplorasi saya, masih terlalu jauh… dan izinkan saya ambil kata-kata hikmah dari ketiga-tiga pelukis ini:-

“Dari titik ke titik kutarik satu garis, satu garis hitam, dari kembara malam..” ( dari puisi Latif Mohidin).. itu salah satu yang memulakan babak pertama saya mula melakar hasil ini.

“Perjalanan sebagai pelukis harus terus mencari untuk memuaskan diri kita dan perjalanan terus berlegar/ berjalan, tanpa henti. Samada anda seorang artis grafik, artis surealis, artis lanskap, jadilah apa artis pun, adakah anda puas untuk meluahkan pada kanvas kosong .... hidupkan...” (Ali Rahamad kepada saya).. merupakan kata-kata semangat dari seorang pelukis yang saya kagumi semenjak dari tahun 1980an. Karya-karya beliau juga begitu banyak subject matter wanita dan berkait dengan surealism. Alam siber telah menemukan saya semula dengan pelukis ini.

“Seni itu wujud secara 'chances', chances itu berbagai kemungkinan..” (Abdul Ghafar Ibrahim kepada saya).. semasa beliau bertandang ke bilik/ studio saya. Pada masa yang sama, beliau menyatakan kepada saya supaya jangan melukis dengan 'lengkap' sebab art itu adalah chances. Memang berkait dengan ekplorasi dan eksplorasi itu serba mungkin.

Terima kasih kepada ketiga-tiga ANAK ALAM tersebut: Latiff Mohidin, Pak AGI dan En. Ali Rahamad. Ini adalah permulaan saya semenjak kembali melukis pada tahun lepas. Saya mungkin akur, surealism itu menapak semenjak awal pembabitan (1987) walaupun saya tidak meletakkan sebarang penjenisan ‘genre’ hasil-hasil saya, walaupun pada mulanya (2009) saya cuba bertegas untuk kembali pada realisma.... segalanya berkemungkinan.

Kepada semua visitors & followers; Maaf sekiranya tersilap tutur kata sepanjang tahun 2010 ini. Selamat 2011 untuk semua.

Wasalam.


p/s: tak ada 'p/s'…. saya akan teruskan journey ini sejujur mungkin.

p/s: kadang-kadang lebih baik bercakap tentang karya sendiri dari menghentam karya orang lain. …. ada pun ‘p/s’…;-)