Tuesday, November 2, 2010

CEMBURU (Medusa) Oil on Canvas

Salam untuk semua,





"Cemburu"
Oil on Canvas
approx. 40cm x 48cm


Hasil di atas adalah lukisan Cat Minyak saya yang terbaru, mula dilukis pada 26hb Oktober yang lalu dan saya yakin setiap lukisan saya memang tak akan pernah siap sampai bila-bila pun. Sebenarnya, mungkin sudah hampir dua-belas tahun saya tidak menggunakan medium ini, oil paint. Rasa rindu saya pada cat minyak membuak-buak setelah menghadiri beberapa pameran di ibukota ditambah setelah membaca semula buku-buku old masters yang sememangnya menggunakan medium ini. Medium ini memang agak remeh kerana terpaksa menggunakan Linseed dan Turpentine ditambah dengan bau cat-nya yang amat kuat. Sungguhpun begitu, medium ini tahan lama beratus tahun (tetapi tetap akan mengalami “crack” juga pada jangkamasa beberapa tahun). Kebanyakan pelukis-pelukis dahulu semenjak kurun ke-5 lagi telah menggunakan pigment ini sampai ianya di-tiub-kan pada kurun ke18. Medium ini lebih glossy berbanding dengan acrylic, tetapi medium ini lambat kering. Tidak salah jika saya menyamakan cat minyak dengan filem seluliod, keduanya brilliant dari segi outlook.. dan kedua-duanya terhasil dari chemical berminyak;-) Ini tidak bermakna saya mahu meninggalkan acrylic. Yang penting adalah adalah hasil, lukislah dengan apa medium pun.

Inspirasi:

Terhasilnya painting ini, adalah semasa saya cuba memahami Caravaggio dan Goya, baik dari segi teknik atau identiti karya mereka. Saya amat tertarik dengan shadow (mid-tone) Carravagio yang lebih gelap dari kebanyakkan pelukis-pelukis sezamannya, malahan shadow-nya lebih gelap dari Rembrant dan Goya. Chiaroscuro tetap wujud dalam mana-mana lukisan potret realisma pun, tetapi high-light (key) Caravaggio agak lebih ketara contrast-nya dari pelukis-pelukis lain pada masa itu. Saya amat menyenangi filem-filem yang menghasilkan pengcahayaan seperti ini; form kelihatan jelas, highlight amat ketara bercahaya. Pengaruh teknik Caravaggio amat kuat sehingga disebut sebagai ‘Caravaggism’. Kalian perlu lihat karya-karya Caravaggio untuk memahami visualnya dari segi teknik tersebut. Dalam fotografi (atau filem), secara mudah bermakna key-light adalah amat terang (brightest) untuk menjelaskan subject-matter. Caravaggio telah memulakan revolusi ini semenjak kurun ke 16 lagi. Memang jelas bezanya pengcahayaan Vermeer dan Caravaggio. Vermeer lebih soft atau lembut dari segi pengcahayaan. Pada pendapat saya, gaya Vermeer lebih menekankan fill-light berbanding key-light jika kita merujuk dari perspektif senimatografi/ fotografi. Caravaggio menekankan apa yang disebut sebagai 'harsh-light' dalam konteks fotografi.

Caravaggio melukis Medusa pada tahun 1596, berdasarkan mitologi Greek & Rome (Google-lah semahu anda, berlambak dalam internet tu dengan berbagai version..) Kaitkan-lah ceritera Medusa ini dengan hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Dalam hal penghasilan lukisan saya ini adalah berkaitan wanita (seperti kebanyakannya). Medusa adalah wanita. Cemburu adalah salah satu ‘perkara’ yang sering berkait dengan beberapa hasil ceritera wanita/ perempuan Melayu. Dalam ceritera Medusa yang asal, Medusa berbalah dengan Athena dan mendakwa Athena cemburu akan kecantikkannya. Athena berang lalu menyumpah Medusa hingga berkepala ular dan sesiapa memandang Medusa akan bertukar menjadi batu. Berlambak-lambak filem tentang Medusa. Bila kita kaitkan dengan ceritera dan dongeng Melayu, wanita memang adalah diantara ‘makhluk bermasalah’ terutama melibatkan soal kecantikkan dan ‘cemburu’ itu berterus-terusan diwartakan dalam ceritera Melayu. Contohnya, Bawah Putih Bawang Merah, Mahsuri, Puteri Santubong, Puteri Gunung Ledang dan sebagainya… wanita dan kecantikkan memang menjadi sasaran sama ada untuk dipersalahkan atas dasar cemburu atau hasad dengki sesama spisies. Sensitiviti wanita Melayu (atau mana-mana bangsa pun) terhadap kecantikan memang serius. Lukisan saya menggambarkan dua orang wanita sebagai subject-matter dan frame pada lukisan itu (yang dilukis) dilegari oleh empat ekor ular yang membentuk sebuah bingkai. Ini juga statement saya sebagai seorang pelukis yang anti-frame bila dilukis di atas kanvas. Bingkai itu juga adalah ‘cermin’ yang memang digunakan wanita untuk bersolek, berdandan dan sebagainya. Medusa juga hancur dengan ‘cermin’. Ini mengingatkan saya bila wanita melihat cermin, bila nampak jerawat sebutir riuh sekampung. Masih ingat dengan ceritera Snow White iaitu ayat Blackheart Queen “Mirror, mirror on the wall, who’s the fairest of them all?”.. itu adalah ayat pada magic mirror. Itu adalah ayat wanita yang paling sinonim. Berbalik pada lukisan saya, ular yang diinspirasi dari Medusa memang wujud bila Medusa sendiri melihat imejnya tersebut, meraung, menangis melihat kengerian dirinya. Cemburu berdasarkan dua wanita yang tidak berpuas hati dengan wanita yang lebih cantik dari dirinya. Selalunya ‘dua’ wanita akan mempunyai ‘cemburu’ tersebut. Dua subject-matter itu wujud dalam lukisan saya. Saya cuba memperjelaskan dari segi wajah/ mimik ekspresi wanita yang di bawah merenung ke atas wanita yang berada di atas tersebut. Dalam memperjelaskan konteks wanita Melayu, rambut wanita Melayu di bawah adalah ‘artificial’ dan berwarna merah berbeza dengan wanita Melayu di atas yang berwarna hitam (ikal & asli).. ini juga protes saya tentang keaslian rupa diri wanita Melayu yang lebih saya kagumi.. fikirlah sendiri. Sepekara lagi adalah wanita yang di bawah rambutnya ‘kembang’ (+ macam Medusa) yang cemburu pada wanita yang di atas yang jauh lebih cantik darinya.. errr.. tiada kaitan pun dengan isu semasa dengan mana-mana perempuan berambut kembang...

Detail (click to enlarge):-



Detail: konon-nya gaya/ teknik pengcahayaan Caravaggio (Caravaggism)
dari segi contrast cahaya antara light dan dark yang ketara. Key-light yang tinggi. Midtone yg kurang.




Detail: gaya/ teknik glazing dengan menyapu warna pada wajah
dengan sapuan berus yang amat nipis di atas layer yang ketiga.


Sekian, terima kasih. Wasalam.


p/s:- memang dari dulu taksub pada 'old masters'..%-)
p/s:- dah lama tak dengar lagu “Puteri Santubong”..;-)
p/s:- untuk wanita Melayu (+ Bumiputera).. jangan 'Medusa'-kan rambut kalian... please-lah..;-)