Tuesday, April 7, 2009

SITI ZAINON ISMAIL : PAGI

Salam dan selamat pagi semua, semalam saya telah terjumpa semula sebuah sajak dan lagu puisi karya Siti Zainon Ismail yang ditulis pada tahun 1983 bertajuk ‘Pagi’. Harus di sini saya kongsikan bersama semua. Sajak ini telah dilagukan oleh kumpulan Suarasa, Unit Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pada tahun 1997.


PAGI

Ingin sekali
Aku bangun waktu pagi
mendengar suara nyanyi burung
mendengar pesah siulan angin
merenung desah

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
mendengar detik embun gugur
menghayun kabus dalam samarnya
megah tanpa cahaya

C/O-
dan betapakah indah hidup ini
kiranya waktu hanya pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
duduk bersila di tengah kota
tanpa manusia
bergegas pantas memburu waktu

C/O-
dan betapakah indah hidup ini
Kiranya waktu pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia.


Siti Zainon Ismail/ Aziz Bakar
1983 Tasik Ampang




----------------------------



bersama Prof Dr Siti Zainon Ismail
(4th March 2009/ Majlis "Sepetang bersama Sasterawan")