Saturday, September 26, 2009

CORETAN TANPA TAJUK DARI KAMPUNG


Salam untuk semua,


Coretan kali ini tidaklah bertujuan untuk memprovok mana pihak. Kadang2 agar sukar untuk aku menulis kerana secara formalnya, aku bukanlah penulis yang pandai menyusun ayat, tetapi sekadar ingin bercerita, tidak lebih dari itu. Tulisan ini terhasil semasa aku merenung diri dan alam dan atas desakan rakan sekerja yang ingin aku menulis tentang beberapa hal berikut…isskk. Tidak ada kaitan dengan kita, mungkin.


Baiklah, aku mulakan….


Sampai masa, kita pulang ke kampung. Berbagai kisah dan pengalaman kawan2 yang kita dengar. Ada yang hebat bunyinya dan ada yang agak menyedihkan. Salah satu cerita yang aku dengar adalah mengenai kisah kawan aku yang berada dalam keadaan kritikal dari segi kewangan. Bisnes beliau agak merudum. Terpaksa mengadaikan beberapa “harta” beliau. Sebenarnya semasa perniagaan beliau sedang memuncak, aku dapat melihat kemewahan yang dipamerkan. Alhamdullillah, aku turut berbangga dengan ‘kejayaan’ beliau. Bermotorsikal kuasa besar, ber-MPV besar dan berumah besar.. indahnya hidup beliau. Tetapi setelah keadaan ekonomi yang agar turun-naik ini, di saat ini, beliau telah semakin kehilangan semua aset itu. Kenderaan2 terpaksa dijual/ ditarik, dan berbagai lagi tanggungan hutang yang perlu dilangsaikan. Semoga beliau akan kembali naik selepas ini, InsyaAllah.


Sebenarnya, seringkali aku mendengar bila kawan-kawan bertanyakan pada aku soalan yang memang aku anggap kurang wajar (bukan kurang ajar) adalah; “bila nak tukar kereta?”…. aku tersenyum (dan tersengeh/ terhegeh2) sambil berkata “ hanya itulah yang aku mampu, gaji aku biasa2 jer, biarlah sampai jadi besi buruk nanti pun, asal boleh jalan dah ler…” Agaknya memang budaya kita melihat kelebihan material atau up-to-date/ latest itu adalah satu yang hebat, mungkin. Semasa kecil aku sudah dihidangkan dengan kereta (kerana Bapa aku juga seorang Mekanik Part-Time). Bapa aku memiliki garaj dan beberapa kereta termasuk sports-car (Triumph Spitfire). Apalah sangat nak dibangga dengan kereta. Dan aku masih mengingati semasa menduduki kelas Design Issue (Product Design) dahulu; professor aku pada akhir semester sebelum mengakhiri kelas berkata “A car is just a Box that’s carry us around..” aku tersenyum.


Malahan budaya “cucuk mencucuk” dalam masyarakat kita masih kental hingga kini. Ada yang sanggup memintas jalan orang lain dalam perniagaan dan sebagainya. Dan mungkin ini “karma” yang sedang dilalui oleh sesetengah orang bisnes. Akibat tamak-haloba ini, akhirnya “balasan” nya adalah berkali ganda di atas muka bumi ini. Karma orang yang suka “cucuk mencucuk” ini mungkin lebih hebat, walau dalam bidang apa sekalipun, percayalah. Golongan “pencucuk” ini aku banyak bersabar (sambil tersenyum), semoga Tuhan yang lebih arif mengadili mereka.


Aku bersyukur kerana membesar (semasa kanak2 hingga remaja) di sebuah negeri yang masih terpelihara kehijauannya, dan mungkin akan lebih “hijau” dalam beberapa tahun lagi, InsyaAllah. Sekarang aku berkerja di tempat yang “Alam” sebagai nama utamanya telah terhakis gara2 pembangunan. Ini juga secara tidak langsung meletakkan bahawa haloba itu masih bermaharaja-lela. Biarlah berapa kali ditukar pucuk pimpinannya, masih tidak mampu untuk ‘menghijau’-kan “Alam” ini. Kalau benar kita ingin mengembalikan “kehijauan” ini, kita sangup berbuat apa saja, termasuk membatalkan projek2 yang terdahulu oleh orang lain. Ya, aku cakap memang mudah, tapi bumi ini satu, dan satu inilah yang kita ada. Fikirkan-lah, apa (dan siapa) yang lebih penting.


Seperti yang dipersoalkan dalam coretan (yang tak tersusun ini/ pemikiran yang berbicara kosong); agaknya, kita bangga yang “besar” itu lebih hebat. Praktikaliti memiliki MPV misalnya, apa kegunaan kita kalau sekadar bekerja sebagai designer yang duduk mengadap drawing-table dan komputer sahaja. Bermotorsikal besar, kepuasan berderum dengan bunyi throttle yang berdentum mungkin. Berlagak macho.. aku pun mula berfikir, apa motif. Samalah seperti membina bangunan tertinggi atau besar. Bangunan tinggi mencakar langit.. bangunan tertinggi di Asia, atau world mungkin… apa motifnya? Perancis hanya mempunyai Effiel Tower, kotanya masih lebih rendah dari itu, tetap maju. Merenung pada hakikat diri, adakah memiliki yang LAJU & BESAR membuktikan manusia berjaya menguasai mesin atau alam, “mencakar langit”… perlukah langit dicakar. Langit sepatutnya dihargai, dikagumi dan bukan untuk dicakar. Mengapa nak cakar langit ciptaan Tuhan, untuk mencabar Tuhan...begitu?


Aku masih teringat semasa pihak bank memberikan pinjaman kepada para peniaga2 . Salah satu yang amat melucukan adalah, hasil pinjaman itu, ada peniaga yang membeli kereta… alasannya adalah untuk “menampakkan” caliber seorang bisnes-man. BMW, Mercedes pulak tu… pehh.. betul la tu, kot.. nanti orang tak percaya pulaks.. Tapi kalu difikirkan kembali, adakah masyarakat kita masih melihat “mampu milik” itu satu budaya yang sinonim dengan kejayaan… hmm.. bukti bahawa pemikiran kita masih dikuasai oleh material… betul lah tu..hehe..


Beberapa semester yang lepas, aku pernah didatangi oleh seorang manusia yang mengajak aku masuk “skim cepat kaya”. Aku perlu invest dalam beberapa ribu untuk tujuan ini, dengan mudah aku berkata; “aku nak beli susu anak, bayar sewa rumah, kau on-lah duit kau dahulu”.. dia pun berlalu.. hmmm.. Sebenarnya, aku jelas bersyukur atas apa yang aku dapat, sama ada kecil atau besar sesebuah projek atau pekerjaan itu. Sekiranya haloba itu bersarang, mungkin secara drastiknya aku akan memberikan sejumlah wang tersebut. Aku bersyukur kerana, rezeki dari Tuhan ini, membuatkan aku tidak mempunyai “mimpi” untuk kaya. Malahan aku sudah mula tidak “bermimpi” semenjak beberapa tahun yang lalu, alhamdullillah. Sekiranya direnungkan kembali system “skim cepat kaya” ini membentuk seperti PIRAMID… jelas pyramid itu adalah dari kepala hotak Fir-Aun… mudah bukan, untuk kita menjema menjadi Fir-Aun Junior.


Berbalik soal tadi juga, kadang2 kita sanggup (tergamak) menipu masyarakat dengan hasil2 kita dengan tujuan haloba ini. Akhirnya, “karma” (pembalasan) akan muncul, kita akan kehilangan sokongan, atau industri menjadi lembab atas haloba ini. Kita tidak jujur, kita menipu, dan Tuhan lebih arif tentang apa yang kita telah lakukan. Tanah runtuh adalah sebagai contoh yang paling mudah.. maaf, contoh sahaja...


Kadang2 aku sudah muak untuk bercakap soal ini. Biarlah ada orang yang menyatakan bahawa aku tidak ada “dreams” untuk sesuatu, tapi aku bersoal balik; adakah dreams itu akan kekal, kerana dreams juga mempunyai waktu kita terjaga dari mimpi tersebut.. kenyataan. Kenyataannya; kita hidup sementara, segalanya tidak akan kekal.. yang kekal adalah amalan kita (bahasa retorik yang aku tak ambil mudah). Kita hidup bermasyarakat, pembangunan rohani lebih penting untuk mengelak dari haloba, dengki, "cucuk mencucuk", khianat, tamak, ego dan tinggi diri.


Ini hanyalah coretan aku yang tanpa tajuk (tanpa dreams)… anda berhak jadi kaya raya (jangan lupa bersedekah), ber-kereta besar, berbini banyak, buat flem banyak2, bernama besar, ber-ego cipan dan ber-kuasa besar, itu hak anda…;-)


Okeylah, speaker masjid kedengaran, ayam dah mula berkokok, aku pasti merindui kampung nanti, seperti selalunya.. as a man who doesn’t have dreams I just want to say, peace to all.. .and Green-Peace to Earth… Salam subuh..;-) I love you all..




8 comments:

azri abu hassan said...

:) i like this entry. saya jadi saksi kesemuanya. kenderaan (kereta) adalah enjin bergerak sebenarnya, tak ada something special.

kelmarin, selepas solat jumaat kawan lama sejak sekolah rendah tegur saya bila nak tukar kereta? dia berkata: tak kan asyik nak pakai Saga BLM tin milo ni kot...mcm aku, dah pakai toyota Caldina.

Aku pandang dia dari atas kepala hingga ke kaki..lalu aku berkata "tak guna kau solat jumaat sujud pada Allah tadi kan?". Aku tekan suiz alarm kereta "Saga BLM TIN MILO" aku itu..lalu aku meninggalkan kawan aku itu. (hanya saya meluahkan apa kita rasa)

Saya percaya, jika kita berjimat, sabar dan tekun pasti Allah s.w.t memberi ganjaran dan rahmat dari-NYA. Insyallah.

AHH

Lensa Berkata said...

sekadar pendapat...

"besi-besi" tu susah untuk dicipta berbanding "hijau-hijau". Nak mencipta "besi-besi" memerlukan ilmu dan kajian yang mendalam sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya. Mungkin dari situ kot manusia menilai "besi-besi" dan "hijau-hijau"...

kalu kite perhatikan, pencipta "hijau-hijau" adalah petani dan nelayan sedangkan pencipta "besi-besi" adalah dari juruteknik, jurutera, saintis, profesor, dll...

berdasarkan pemikiran masyarakat pulak, contohnya pelajar universiti dipandang mulia berbanding pelajar kolej dan politeknik. Kalau yang xbelajar, lagi la xdipandang langsung. Tapi mereka xsedar bahawa yg bijak pandai tu la akan merosakkan "hijau-hijau" tanpa kita sedari.

:-)

Unknown said...

ntah la en aidi,saya drive kete dari KL ke kelantan n darikelantan ke KL,mcm2 ragam pemandu sy tgk...xpenat memandu sebab dpt tgk lakonan manusia atas jalan...naik kereta mewah sikit,mula nak berlagak...hahaha...dah dah la beraya tu en aidi,balik la ke puncak plak...huhu...

Aidi Rahimi Ibrahim said...

AAH: agak keraszz sdra berkata pada sahabat sdra...hmm... tp abg kasihan pada sahabat sdra,. biarlah dia nak merasa 'nikmat hidup' atas titik peluh dia.. just smile padanya, AHH..;-) Manusia ni mmg berbeza tahap pemikiran, kan..dan kematangan..;-) hehe, itu baru Caldina..ok la tu..

Siput: setuju pendapat kamu, tp ada org tua2 yg lebih pandai buat ubat dari alam semulajadi walu tak masuk universiti.. just a thought,..;-) design pun kena ada humanistik bukan egronomics jer..

SarjaN yO: hmm.. mungkin depa kata kat kita apasal keta kita kecil sangat nih, tak bleh isi barang banyak..haha..mungkin.. tp jgn buruk sangka pada org..peace..;-)

Lensa Berkata said...

hahaa...org tua zaman dulu2 yg pandai buat ubat tu berpegangkan kata3 nie---> "jadilah resmi padi, makin tunduk makin berisi". Tapi org tua zaman skrg, "omong" jer lebih. tapi "kosong".

hehe...sekadar pendapat.
:-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Siput: setuju pendapat kamu jua.. oppss, org tua zaman sekarang adalah juga ibubapa kita.. hehe, jangan meludah ke langit, tuan..;-)

jadilah resmi padi..peace..

tanamlah padi..jgn asyik tanam modal jer..;-)

Anonymous said...

saya suka naik kereta merah cikgu:D

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Coffeeholic: saya pun suka...;-)