Tuesday, August 18, 2009

FAKULTI-FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA…… BANGKITLAH!!!!!



Kehadapan para Doktor, Bakal Doktor penyelamat nyawa….Aku cakap cara serious, walaupun aku tulis cara tak serious…. Tapi aku serious… dan aku tak happy masa tulis ni....

Salam,

Agaknya sudah berhari-hari aku meng-google mencari usaha-usaha universiti tempatan terutama sekali fakulti-fakulti perubatan mengenai kes H1N1. Berbagai keyword dan kata kata berkaitan penyelidikan dimasukan namun tiada bertemu… iskk….

Di Malaysia, telah banyak fakulti-fakulti perubatan ditubuhkan yang telah dan bakal menyumbang pada kesihatan manusia sejagat. Pada permulaan WebPage fakulti fakulti perubatan berkenaan telah memberikan berbagai mukadimah ‘harapan’ untuk menghasilkan para doktor yang berkaliber, mampu menyumbang pada kesejahteraan umat dsb.

Baru-baru ini, salah sebuah universiti tempatan telah menubuhkan sebuah fakulti perubatan dengan gahnya terbina beberapa bangunan yang cukup indah tersergam… namun apabila aku google/ menu pada penyelidikan, tiada usaha mengenai program mencari/ mengusahakan vaksin untuk H1N1 dilakukan. Tapi apa yang ada adalah “turut membantu” Kementerian Kesihatan untuk MENCEGAH penyakit berjangkit ini… mencegah. Hahaha… kalau nak mencegah, berlambak fakulti lain yang turut boleh membantu dan bukan fakulti perubatan sahaja.

Aku terus bersoal dari dalam diri; mengapa berbillion ringgit dihabiskan untuk peralatan perubatan pada fakulti-fakulti perubatan ini, namun tiada dana yang dapat aku google untuk melihat akan usaha KECEMASAN yang disalurkan pada fakulti-fakulti perubatan ini untuk membina VAKSIN H1N1 ini. Adakah kita hanya megah dengan bangunan yang cantik, peralatan yang canggih manggih lalu “meng-anak emas-kan” fakulti “penyelamat manusia” ini, sedangkan haram satu pun aku tak nampak usaha-usaha depa ke arah mencari ubat penawar penyakit ini.

Salah satu yang aku dapat dari peng-google-lan ini adalah “cakap pandai” dari "Guru Doktor" yang mungkin mahu menenangkan manusia Malaysia bahawa H1N1 adalah seperti flu biasa yang meragut nyawa dan tidak perlu dirisaukan, kematian akibat flu adalah normal… hahaha.. ini adalah cakap seorang Doktor yang menjadi guru kepada doktor-doktor baru… hahaha.. mungkin Doktor ini lebih sesuai menjadi pakar psikologi.. atau guru tadika yang kemas... huhu.. Doc, action speaks louder than words, bro!!!.

Tapi setelah aku meng-google universiti luar (Oversea), berlambak-lambak kajian dan usaha-usaha yang sedang dijalankan dan mendapat dana dari kerajaan mereka. Ada setengahnya universiti yang haram aku tak pernah dengar pun, bangunan fakulti tak besaq pun. Bagaimana dengan fakulti-fakulti perubatan kita?... Gah dengan mukadimah “Kami akan mengeluarkan Doktor2 yang akan menyelamatkan nyawa bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat dunia”…….. hahaha… aku rasa macam nak tumbuk skrin computer ni…

Inilah masanya, penularan wabak yang telah meragut nyawa 60 orang lebih bangsa Malaysia (pada masa aku tulis ini)…. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa di bangunan yang tersergam indah itu bersama peralatan perubatan yang berjuta juta juta ringgit itu dapat berfungsi untuk menyelamatkan nyawa bangsa Malaysia…. Lepas tu baru fikir nak selamatkan dunia….

p/s: aku menulis ini setelah penat meng-google setelah beberapa hari. Lepas ni aku nak pi interview depa pulak (Dekan-dekan perubatan & bakal bakal doktor penyelamat dunia) mengenai H1N1 …. Ada usaha ka, Doc??? atau nak buat bengkel/ seminar saja??? Bla bla bla bla...

p/s: takkan nak suruh orang grafik buat vaksin kot??…. ambik epal hijau buat jus boleh lah!!

p/s: Doc, kita nak tunggu vaksin dari U.S. tu ka? Awat, budak2 kita tak bleh buat???


p/s: eh, Doc, negara kita adalah Top Ten (ranking ke sembilan) wabak H1N1.... tau kan, Doc??



FAKULTI-FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA…… BANGKITLAH!!!!!...WORLD!!!!... oppss... Malaysia dulu lah kot...

Sunday, August 9, 2009

REVOLUSI / Rendra




Saudara-saudara sebangsa dan setanah air
Saat ini kita masih terperangkap lingkaran setan



p/s: Terimakasih, Syirfan.

Monday, August 3, 2009

Talking about a Revolution (Tracy Chapman 1988)



Don't you know
They're talkin' about a revolution
It sound like a whisper
Don't you know
They're talkin' about a revolution
It's sounds like a whisper

While they're standing in the welfare lines
Crying at the doorsteps of those armies of salvation
Wasting time in the unemployment lines
Sitting around waiting for a promotion

Don't you know
They're talkin' about a revolution
It sound like a whisper

Poor people gonna rise up
And get their share
Poor people gonna rise up
And take what's theirs

Don't you know
You better run, run, run...(+9)
Oh I said you better
Run, run, run...(+9)

And finally the tables are starting to turn
Talkin'about revolution

Yes finally the tables are starting to turn
Talkin' about revolution oh no

While they're standing in the welfare lines
Crying at the doorsteps of those armies of salvation
Wasting time in the unemployment lines
Sitting around waiting for a promotion

Don't you know
They're talkin' about a revolution
It sound like a whisper

And finally the tables are starting to turn
Talkin' about revolution

Yes finally the tables are starting to turn
Talkin' about revolution oh no
Talkin' about revolution oh no
Talkin' about revolution oh no

Saturday, August 1, 2009

Inspirasi Terlebih Global (Siri Kedua)



Pakailah Topeng dan bawak Sanitizer.... selalu..

- Peace -


dan

MEMANG SERIOUS HAL INI, percayalah.